Friday, February 17, 2017

Keropok Lekor

Assalamualaikum wbt :)

Amboii keropok lekor tajuk post ai kali ni :p 
Dalam bahasa Tranung disebut kepok lekor je hahaa

Okayyy so kenapakah dengan keropok lekor secara tiba-tiba? Adakah kerana aku craving? Ataupun aku bosan? Aiyokk jeng jeng jeng *muka saspen* Hahaa taklah sebenarnya sebab harini ada sorang kawan aku yang sangat mencintai kepok lekor ni (cewahh), dia mintak resepi kepok lekor dengan aku.

Alkisahnya dulu arwah datuk ngan nenek aku memang buat bisnes kepok leko ni haa dan diteruskan oleh mak aku :) Tapi sekarang dah stop dah :') So zaman kecik-kecik cili padi aku dulu ni banyak jugaklaa dihabiskan dengan tolong-tolong buat kepok (sebab dapat upah sebenarnya hohohoo) Tapi part paling best bila aku jadi delivery girl yang tolong hantar kepok kat rumah orang laa sebab, kalau hantar kat kedai runcit, kadang kadang dia bagi aiskrim poli free hehee (sebab aku chumels kot)  okay tak tak gurau je.

Astaghfirullah, cerita sejarah punyalah panjang. So jom kita straight to your heart the point. Malam ni, iolls nak share resepi keropok lekor ngan uolls. Resepi ni untuk kuantiti yang sikit je kalau nak makan kat rumah laa :)

Bahan-bahan :
- Semangkuk isi ikan (yang dah dibuang tulang-belulangnya)
- Tepung sagu/kanji ( kuantiti sama je dengan ikan tapi lebihkan sikit )
- Garam secukup rasa
- Ajinamoto secukup rasa
- Air dalam setengah (1/2) cawan

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan kat atas tu dan letak dalam blender.
2. Blender semua bahan-bahan tu. Kalau rajin, nak tumbuk pakai lesung batu pun boleh.
3. Gentelkan keropok tu ikut bentuk yang anda suka hehe ikutlah nak bentuk love ke apa ke. (Masa gentel ni, dinasihatkan letaklaa tepung sagu tu kat papan tempat gentel tu dan kat tapak tangan supaya dia tak melekat.)
4. Rebus macam biasa. Angkat bila dia dah timbul.
5. Kalau nak goreng boleh, nak makan macam tu pun boleh ( kalau taknak makan minyak, haa bolehlaa makan yang rebus tu je #tipsapekah? )
6. Masukkan dalam mulut dan kunyah. Nak sedap makanlah dengan sos hehe :)

Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak pun, sama je steps dia. Tapi make sure kuantiti isi ikan sama dengan kuantiti tepung sagu tapi lebihkan tepung sagu sikit. Then pandai-pandai laa topup air dan sebagainya tu ye :)

Kalau nak buat keropok keping pun, sama je. Cuma gentel panjang-panjang, rebus then hiris (tak nipis sangat,tak tebal sangat). Lepastu, jemur tengah panas sampai dia keras then siap untuk digoreng. Kalau nak buat bentuk ala-ala french fries tu pun sedap *tunjuk ibu jari*

Haa okay tu je selamat mencubaaa :) #kepoklekor

xoxo: cikvampicuore


Rezeki

Assalamualaikum wbt.

Rezeki
.
Rezeki
.
Dan rezeki.

Terdetik untuk menulis tentang tajuk ni. Antara salah satu perkara yang memang sentiasa ada kat sekeliling kita, rezeki dan nikmat. Dan siapakah yang memberi rezeki? Allah Ar Razzaq (Maha Pemberi)

Surah Az-Zariyat ayat 58:

إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

"Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh."

Surah Al Mulk ayat 21 :

أَمَّنْ هَٰذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ ۚ بَلْ لَجُّوا فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ
"Atau siapakah dia yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri?"

Setiap daripada kita semestinya ada masa untuk muhasabah diri masing-masing. Ada yang waktu awal pagi, selepas solat, sebelum tidur dan lain-lain.Waktu tu, memang akan rasa betapa lalainya kita, betapa sombongnya kita dengan Pencipta. Allahu. Jujur, aku selalu tanya diri sendiri, "Kenapa orang tu boleh dapat ni sedangkan aku tak?" "Kenapa aku macam ni, orang tu macam tu?" "Bestnya kalau aku jadi dia." Aku manusia, tak lari kemana dari khilaf sendiri. Lepas tu aku buka Al-Quran. Aku jumpa ayat ni :

Surah Ar Rum ayat 27:

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa Sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

Ya Allah sebaknya masa tu. Sebak bila aku reflect balik, aku yang tak reti bersyukur. Aku yang asyik memandang kekurangan sedangkan dah banyak kelebihan, nikmat yang Allah beri kat aku.


Surah Ar-Rahman ayat 15:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Lepas tu kannnnn, aku ada terbaca satu post kat instagram. Allahu..


Jadi, bila kita fikir balik, tak terhitung nikmat yang Allah dah bagi kat kita. MashaaAllah. Tinggal sama ada kita nak hargai atau tak je. Cuma antaranya, ingatlah, rezeki setiap makhluk tu lain lain. Allah dah rancang, susun elok elok. Sebabbbbb, Allah kan sebaik-baik perancang :) Yang penting, doa. Doa biar setiap rezeki yang Allah rezekikan kat kita tu, rezeki yang berkat. Sebab apa? Sebab, rezeki yang tak berkat tu umpama kita minum air selautan, tapi semakin diminum, semakin haus. Kita takkan puas. Satu lagi, ingatlah, dalam setiap rezeki kita tu, mungkin terselit jugak rezeki orang lain. Jadi, jangan kedekut ! :)
Surah Al-Imran,ayat 54:
             وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)"       

To be continued....
xoxo: cikvampicuore
















Wednesday, February 15, 2017

New Chapter

Yayy! Assalamualaikum :)

New chapter? Bukan chapter buku, tapi chapter hidup. Haa gitu.. Setelah berbulan tak update, akhirnya satu sesi gotong-royong telah diadakan. Maka, semua post-post lama telah didelete. I'm opening a new book everyone! ( biasa orang buat awal tahun, but nvm laa cik kerajinan sesat jalan thats why baru datang hoho). Sis nak move on ni! ((acah))

Tapi inshaaAllah lepas ni kalau ada rezeki, panjang umur, aku nak update blog ni banyak banyak biar satu habuk pun takde ecehhh hahaa... taklah sebenarnya sebab sekarang ni kan tengah tunggu result SPM so masa lapang tu banyak bebeno :p semua yang jumpa mesti tanya, taknak kerja ke? Alahai aku bukannya taknak keje. Nak tu nak tapi mostly tempat yang aku mintak tak dapat sebab umur tak cukup huhu. Takpelah #sisredha

Makanya, sekarang ni aku duduk rumah baca novel, marathon kdramas, belajar masak (?), meletakkan warna warni pada kertas ( haa teka sendirila kerja apa ni ) hahahaa dan taraa kerja yang paling aku suka, makan dan tido ( ye ye tak produktif i knew it :'))

Aaaaand for the next post, maybe aku akan tulis mostly pasal kegiatan aku di rumah *gelak nangis* hehehee. Untuk apa? Takde orang nak baca pun hahaaa tapi bagi aku, ni adalah salah satu benda yang bila aku dah jadi nenek nenek nanti (kalau panjang umur), aku boleh tengok, baca balik apa laa yang aku buat zaman muda-mudi dulu hehee :)

So sampai setakat ni je aku nak cerita pasal "New Chapter" aku ni. Sebabnyaaa, nak fokus tengok cerita Korea hahahaa.

To be continued.....

xoxo : cikvampicuore

 
Vampicuore's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template